


Petikan FB Fadhlina Sidek
22 MAC 2025
Menteri Pendidikan ini bukan sahaja menjaga kementerian, dasar, kurikulum, tandas, jalan, tangga, cikgu, tukang kebun, kantin dan apa sahaja atas langit dan bumi sekolah ini.
Sampin anak-anak pun Menteri kena jaga.
Kisahnya bermula apabila kami meraikan anak-anak B40 berbuka puasa di Ladang Farm Fresh, UPM. Selepas berbuka, kami bergilir untuk solat Maghrib. Tetapi anak-anak yang semeja dengan saya ini, kelihatan resah gelisah untuk pergi solat.
Saya: kenapa tak pergi solat lagi?
Anak 1: Kena buka sampin YB. Susah. Tiada siapa nak jaga.
Anak 2: haah. Nak tinggal kat mana sampin ni…
Itu sahaja masalahnya. Maka datanglah terus perangai mak-mak kita kan?
Saya: Mari sini Makcik jagakan. Buka sampin dengan tali pinggang tu. Makcik ajar supaya tidak hilang dan tidak tertukar. ( Ada lebih kurang 20 orang sampin yang sama🤣🤪)
IKAT SETIAP SAMPIN
Maka saya pun melipat sampin setiap mereka dan saya ikat setiap sampin dengan tali pinggang masing-masing supaya mereka dapat kenalpasti sampin mereka melalui tali pinggang sendiri.
Bab ini, mak-mak sahaja boleh selesaikan.😜
Jadilah saya penunggu sampin sehingga mereka semua selesai bersolat. Usai solat berlarilah mereka mendapatkan sampin masing-masing tanpa bertukar atau tersalah sampin.
Nampak kecil. Tetapi menjaga amanah sampin ini adalah teladan kecil untuk dilihat oleh anak-anak bahawa mereka boleh bersolat dengan tenang tanpa resah memikirkan sampin mereka tertukar dan hilang.
Dalam kehidupan yang lebih besar, menjaga amanah adalah kewajipan yang mesti ditunaikan dengan sedaya upaya tanpa pengkhianatan dan kecurangan.
Begitulah kisah ibu Menteri sebagai penjaga sampin. Apa yang penting anak- anak semuanya solat! Alhamdulillah.
MADANI bekerja? Setiap masa.☺️ Menjaga sampin dikira sebagai “ overtime” 🤣🤣 – JM
