Mengutus kad ucapan Aidilfitri secara tradisional pilihan Agong

Petikan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
23 MAC 2025

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan menandatangani kad Hari Raya Aidilfitri untuk diutuskan kepada senarai penerima yang telah diperkenankan Baginda.

Tradisi tahunan ini amat dekat di hati Seri Paduka Baginda, kerana ia mengimbau kembali zaman sebelum kemajuan teknologi komunikasi seperti telefon bimbit.

“Dahulu, tiada telefon bimbit, tiada SMS, WhatsApp dan sebagainya. Beginilah cara kita berhubung iaitu mengutus kad, menulis ucapan dan menurunkan tanda tangan,” titah Seri Paduka Baginda, mengenang keindahan amalan silam yang penuh makna. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *