Masjid penting dalam menyatukan umnah dari pelbagai latar belakang – PMX

27 MAC 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kewujudan institusi seperti masjid memainkan peranan penting dalam menyatukan ummah dari pelbagai latar belakang dan medan menyemai elemen keharmonian antara satu sama lain.

“Setelah Masjid MADANI ini siap kelak, ia bakal berfungsi sebagai pusat komuniti setempat kepada umat Islam dan masyarakat di sekitar ibu kota, sekaligus mampu menyelesaikan kesesakan jemaah di pusat tumpuan masyarakat ini,” katanya semasa berucap Majlis Pecah Tanah Pembangunan Masjid MADANI hari ini.

Perdana Menteri berkata, kawasan sekitar Masjid India ini adalah tumpuan pusat ekonomi ribuan umat Islam yang datang dari seluruh pelusuk dunia.

KEWUJUDAN MASJID BAHARU

“Adalah penting kewujudan masjid baharu ini dimanfaatkan segenap lapisan masyarakat, khususnya apabila dilengkapi kemudahan seperti ruang perpustakaan, dewan persidangan, ruang seni dan budaya untuk memperkenalkan Islam kepada orang ramai,” katanya pada hantaran di FB.

Jelas beliau, dalam keghairahan mengejar pembangunan, semua perlu terus menjaga dan menyemai kehamornian dan perpaduan yang terbina selama ini dan mensyukuri nikmat yang diberikan Allah SWT termasuk dengan memuliakan institusi masjid.

Malah, sewaktu pelan pembinaan Masjid MADANI ini juga, saya tekankan aspek keharmonian agama dan bangsa, perlu dijaga melalui rundingan dan penyelesaian secara baik termasuk dengan pihak kuil, selain berpandukan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

“Moga kewujudan masjid ini nanti menjadi manifestasi penting daam menyantuni keperluan masyarakat bandar, Insya-Allah,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *