





Oleh: Sholina Osman
29 MAC 2025
Hotel Seri Malaysia Kangar saban tahun tidak pernah melupaka anak-anak yatim untuk diraikan pada majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan.
Sekali lagi pada tahun ini, sebanyak 28 anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis (PKAYPs) dari Kompleks Penyayang Dr Siti Hasmah di Jejawi, Arau telah dijemput hadir di majlis ini.
Pengurus Besar/Franchisi Hotel Seri Malaysia Kangar, Datuk Zahriah Abd Kadir berkata, anak-anak ini berpeluang menikmati buffet Ramadan yang bertemakan “Citarasa Dapur Tok Yah Mai Lagi” dengan pelbagai jenis menu enak dan menarik.
MENERIMA SUMBANGAN CEDERAMATA
Selain itu katanya, anak-anak yatim juga menerima sumbangan cederamata dan juga duit raya.
Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli dan Yang Dipertua PKAYPs, Najwa Othman yang hadir turut menyampaikan sumbangan ini kepada anak-anak yatim.
Kata Zahriah, sempena majlis ini juga diadakan solat Isyak dan Terawih yang diimamkan oleh anak-anak yatim dari pertubuhan ini.
Sebelum balik, sekali lagi anak-anak yatim ini menikmati juadah moreh. – JM
