PMX solat Jumaat di Masjid Jamek Raja Tun Uda, Shah Alam

29 MAC 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa syukur apabila dapat bersama-sama ahli kariah Masjid Jamek Raja Tun Uda, Shah Alam Selangor sewaktu menunaikan solat Jumaat terakhir pada bulan Ramadan tahun ini.

Beliau berkata, Khatib Jumaat hari ini, Ustaz Mohd Farid Hadi Sharif telah menyentuh khutbah bertajuk “Kekalkan Momentum Ramadan, Mujahadah Dalam Beribadah”.

“Ia menuntut kita terus konsisten membawa hikmah Ramadan lantas terus beribadah sebaiknya kepada Yang Maha Esa dalam membentuk sahsiah diri dan manusiawi yang lebih mulia, mempunyai ihsan dan kasih sayang,” katannya pada hantaran di FB.

Beliau berkata walaupun berada dihujung bulan yang mulia ini, kita tidak seharusnya melepaskan peluang melaksanakan ibadah dengan sedaya baik yang mungkin dan semoga ianya berkekalan dampaknya dalam kehidupan duniawi dan ukhrawi. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *