Fadhlina dan pasukan Wanita KEADILAN beli barang untuk keperluan mangsa kebakaran di PPS

2 APRIL 2025

Usai menziarahi mangsa-mangsa di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan Masjid Putra Heights, saya dan pasukan Wanita KEADILAN bergegas mencari barang keperluan untuk diletakkan di PPS.

Mujurlah anggota wanita KEADILAN dari Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur beraya di sekitar ini sahaja. Ketika dipanggil bertugas, semua masih boleh hadir untuk membantu.

PENUHI SEMUA PERMINTAAN

Sedaya upaya kami penuhi semua permintaan untuk keperluan mangsa -mangsa di PPS untuk meringankan beban mereka.

Mudah-mudahan dengan bantuan kecil ini dapat digunakan sepenuhnya untuk manfaat semua mangsa di PPS.

Sedia berkhidmat untuk rakyat. 💪💪💪 – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *