




3 APRIL 2025
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah membuka Kaunter Bergerak JPJ Mobile bagi kemudahan mangsa kebakaran kebakaran paip gas di Putra Heights mendapat gantian dokumen penting secara percuma.
Menurut hantaran di FB, kaunter ini dibuka di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masjid Putra Heights.
JPJ menawarkan perkhidmatan antaranya cetakan gantian dokumen Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC), Lesen Kenderaan Motor(LKM), Lesen Memandu Malaysia (LMM) & Khidmat Nasihat berkaitan insurans kenderaan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) secara percuma kepada mangsa yang terlibat.
MERINGANKAN BEBAN MANGSA
Inisiatif ini adalah untuk meringankan beban mangsa yang kehilangan dokumen kenderaan secara percuma akibat kebakaran.
Menteri Pengangkutan Malaysia, Loke Siew Fook telah melakukan tinjauan di pengoperasian kaunter JPJ Mobile, menyantuni mangsa kebakaran serta melihat lokasi kebakaran di Putra Heights. – JM
