





5 APRIL 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat mengalu-alukan keyakinan dan ketetapan pelabur-pelabur seperti Intel yang menjadikan Malaysia destinasi pelaburan jangka panjang.
Beliau berkata, Intel Corporation adalah syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat yang merupakan pelabur awal di Malaysia dalam industri semikonduktor.
Sebelum itu Perdana Menteri, menerima kunjungan hormat daripada Intel Corporation (Intel) yang diketuai Dr. Naga Chandrasekaran, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Teknologi & Operasi Intel Foundry.
PENGHARGAAN DAN SOKONGAN
Dalam pertemuan ini, Anwar berkata, pihak Intel menyampaikan penghargaan atas sokongan yang berterusan yang diterima mereka daripada Malaysia.
“Perkongsian strategik ini perlu diteruskan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa sesuai dengan perubahan teknologi dan situasi ekonomi negara,” katanya pada hantaran di FB.
Turut dimaklumkan perkembangan semasa katanya, pembinaan fasiliti baharu Intel di Malaysia yang telah melibatkan pelaburan USD2.4 bilion, dan pastinya inisiatif ini akan meningkatkan keupayaan Intel Malaysia sebagai peneraju di rantau ini.
Terkait pembangunan bakat dan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, Intel berterusan melatih tenaga kerja tempatan termasuk seramai 250 orang yang kini mendapat peluang menghadiri latihan di fasiliti negara. – JM
