





5 APRIL 2025
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyaksikan serahan bantuan kenderaan sementara kepada seramai 25 daripada 50 mangsa insiden kebakaran letupan paip gas di Putra Heights.
Hadir sama Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti, Ng Sze Han dan Menteri Digital, Gobind Singh Deo.
“Kesemua mereka diberikan SUV sumbangan Chery Malaysia serta bantuan wang petrol bernilai RM100 bagi meringankan beban pergerakan mereka,” katanya menerusi perkongsian di FB.
SUMBANGAN 50 KENDERAAN
“Terima kasih Chery Malaysia atas sumbangan 50 kenderaan secara percuma serta serahan bantuan RM50,000 kepada pengurusan Masjid Putra Heights, yang kini berfungsi sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS), tambahnya lagi.
Beliau berkata, kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi memastikan kebajikan semua mangsa terjaga. – JM
