Sasar 1,200 warga seni sertai Briged Seni Kreatif APM 2026 – Fahmi

Oleh: Sholina Osman
9 APRIL 2025

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pihaknya menyasarkan seramai 1,200 warga seni menyertai Briged Seni Kreatif (CDA) Angkatan Pertahanan Awam (APM) menjelang 2026.

Beliau berkata, penglibatan warga seni kreatif sebagai sukarelawan pastinya turut membantu membuka mata masyarakat tentang perkara tersebut.

“Setakat ini seramai 172 warga seni kreatif termasuk daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) telah mendaftar sebagai ahli CDA APM,” katanya ketika berucap
dalam Majlis Penutupan Sambutan Bulan Pertahanan Awam ke-73, di Auditorium Tun Teja, Ibu Pejabat Pertahanan Awam.

Pada majlis berkenaan juga dilancarkan CDA APM dan penyampaian watikah kepada warga seni kreatif yang menjadi ahli.

MENARIK LEBIH RAMAI

Fahmi berkata, dengan penubuhan CAD ini akan menarik lebih ramai rakan dalam industri kreatif turut terlibat bersama APM, tidak kira ketika situasi bencana atau sebarang musibah lain yang melanda masyarakat.

“Public Service Announcement (PSA) juga akan disediakan oleh FINAS untuk menyampaikan maklumat kritikal dalam cara yang lebih menarik dan dekat di hati rakyat,” katanya.

Fahmi berkata, pihaknya sentiasa bersedia meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai APM serta aspek berkaitan bencana, seperti banjir. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *