



Petikan FB Fahmi Fadzil
21 APRIL 2025
Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Sri Skudai bagi melihat sendiri pelaksanaan inisiatif Perkhidmatan Pintar NADI di peringkat akar umbi.
Dalam sesi lawatan tersebut, Fahmi telah diberi taklimat oleh Pengurus NADI Taman Sri Skudai mengenai operasi harian, penglibatan komuniti setempat, serta pelbagai program pembangunan kapasiti digital yang dijalankan bersama penduduk.
Taklimat berkenaan status keseluruhan operasi NADI di Negeri Johor turut disampaikan oleh Ketua Pejabat NADI MCMC, Dr. Arif Adenan.
Pelaksanaan inisiatif ini selaras dengan usaha kerajaan dalam merapatkan jurang digital dan memperkasa komuniti melalui akses kepada perkhidmatan pintar yang inklusif dan berimpak. – JM
