Menteri Dalam Negeri hadir Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PDRM

21 APRIL 2025

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Majlis pada tahun ini cukup istimewa apabila ia diadakan di lokasi yang luas dan terbuka iaitu Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur,” katanya dalam hantaran di FB.

Beliau merasai suasana yang cukup meriah dengan kehadiran ramai masyarakat awam yang hadir lengkap berbaju Melayu dan baju kurung, untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri dalam suasana harmoni dan penuh silaturrahim.

MENYAMPAIKAN SEDIKIT SUMBANGAN

“Saya turut berkesempatan menyampaikan sedikit sumbangan kepada golongan asnaf, anak-anak yatim, balu serta kanak-kanak autisme,” katanya.

Meskipun kecil kata Saifuddin tetapi sumbangan ini diharap dapat menceriakan mereka dan menyemarakkan lagi semangat kongsi kegembiraan yang menjadi asas kepada sambutan Aidilfitri.

“Tahniah dan syabas kepada seluruh warga PDRM atas usaha penganjuran majlis yang begitu tersusun dan meriah,” kata beliau.

Saifuddin berkata, kehadiran pelbagai lapisan masyarakat bukan sahaja menyerlahkan kejayaan majlis ini, malah turut mencerminkan hubungan erat antara pasukan polis dan masyarakat. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *