PMX mahu Persekutuan, Negeri tingkatkan sinergi kerjasama

25 APRIL 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi keperluan meningkatkan sinergi kerjasama dan perbincangan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dan juga di antara negeri dalam usaha negara memperkukuh daya tahan domestik (domestic resilience) dalam ketidaktentuan ekonomi dunia.

Beliau berkata, ia harus dilakukan melalui usaha-usaha mempercepatkan kelulusan projek-projek pembangunan yang akan membuka pasaran baharu.

“Pihak terkait perlu memperkemas dan menyemak semula Standard Operating Procedure (SOP) proses kelulusan pembangunan sedia ada dan memantau secara berkala supaya negara sentiasa peka dan pantas mengadaptasi terhadap perkembangan situasi global,” katanya dalam hantaran di FB.

Terdahulu beliau hadir mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara ke-47.

Perdana Menteri berkata, semua ini adalah ikhtiar Kerajaan MADANI supaya Malaysia akan kekal sebagai sebuah negara yang berdaya saing dan menjadi destinasi utama pelaburan dalam rantau ini. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *