PMX rasmi Projek Penambahbaikan dan Penaiktarafan LTSAS

25 APRIL 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Projek Penambahbaikan dan Penaiktarafan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) pada lawatan kerja ke Ipoh hari ini.

Beliau berkata, projek ini dilaksanakqn demi keselesaan dan kemudahan pengguna pada masa depan.

Dalam ucapannya beliau tekankan bahawa setiap projek dan program demi rakyat hanya akan berjaya jika disokong dengan sinergi dan kerjasama penuh daripada Kerajaan Persekutuan, kementerian, agensi, Kerajaan Negeri, pihak swasta, serta seluruh lapisan kepimpinan masyarakat.

MERUPAKAN INISIATIF MAHB

“Projek berjumlah RM8 juta ini merupakan inisiatif MAHB untuk menyediakan infrastruktur yang kondusif, di samping meningkatkan kapasiti penumpang untuk memenuhi unjuran pengguna pada masa hadapan,” katannya dalam hantaran di FB

Seperti halnya dengan LTSAS, kerjasama strategik amat penting bukan sahaja dalam pembangunan negara, malah dalam memacu sektor pelancongan – sekali gus mengurangkan tekanan ke atas dana kerajaan melalui penyertaan pihak berkepentingan.

“Hasil daripada kesepakatan ini, kita dapat membina daya tahan domestik, mengukuhkan keyakinan rakyat bahawa kita mampu berdikari dan maju dengan kekuatan sendiri serta jaringan serantau – khususnya di ASEAN, China, India, Australia, Jepun, Korea – dan membuka pasaran baharu di Eropah serta Amerika Latin,” katanya.

DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Di akhir ucapan, beliau mengingatkan bahawa untuk bersaing di peringkat antarabangsa, kita perlu menyediakan kemudahan dan prasarana yang berkualiti tinggi, dipacu oleh kecekapan dan integriti semua penjawat awam.

“Inilah asas dalam usaha kita mengangkat martabat negara di persada dunia, Insya-Allah,” tambahnya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *