Fahmi hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Teristimewa TM Group

26 APRIL 2026

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Teristimewa bersama TM Group bagi meraikan bakat komuniti autisme.

Menerusi perkongsian TM Group di FB, Fahmi dilihat berbesar hati menyaksikan persembahan muzik istimewa oleh band artis autisme, Zimi’J, selain menyokong jualan karya seni artis-artis autisme yang dibawakan melalui kerjasama antara TM dan naksenidotcom.

Beliau turut memuji pendekatan TM menampilkan karya seni asli tiga artis autisme tempatan yang diolah menjadi animasi ekspresif menggunakan teknologi AI melalui kempen “Salam Teristimewa”, yang mencerminkan semangat MalaysiaMADANI dan sejajar dengan usaha kerajaan membina ekosistem digital negara yang inklusif.

Beliau berharap inisiatif seperti ini menjadi inspirasi kepada lebih banyak syarikat korporat untuk memanfaatkan teknologi dalam pemerkasaan komuniti, agar semua lapisan rakyat maju bersama dalam era digital. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *