


Oleh: Sholina Osman
26 APRIL 202
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memohon semua jemaah haji memuat turun aplikasi MyBorderPass dan membuat pendaftaran bagi melancarkan penggunaan autogate Kod QR.
Kenyataan media KDN memaklumkan bahawa aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store.
“KDN yakin pendekatan digital ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan operasi imigresen, malah menyumbang kepada pengalaman perjalanan yang lebih baik buat para jemaah haji Malaysia,” kata kenyataan itu.
Sekaligus buat pertama kali, proses pelepasan imigresen bagi jemaah haji Malaysia bagi tahun 1446H/2025M
melalui inisiatif “Makkah Route” dipermudahkan dengan penggunaan autogate Kod QR yang diintegrasikan melalui aplikasi MyBorderPass.
MENGELUARKAN BUKU PASPORT
Dengan sistem ini, jemaah
tidak lagi perlu mengeluarkan buku pasport ketika melepasi pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Antara kelebihan menggunakan Kod QR ini akan membolehkan para jemaah membuat semakan awal melalui aplikasi MyBorderPass status sekatan perjalanan;
“Proses pelepasan imigresen lebih cepat hanya mengambil masa 5 hingga 7 saat berbanding 15 hingga 25 saat menggunakan kaedah autogate konvensional,” kata kenyataan itu lagi.
Selain itu, dapat meningkatkan keselamatan dan kecekapan perkhidmatan melalui penggunaan teknologi terkini serta mengurangkan ketirisan. – JM
