Agong zahir ucapan Selamat Hari Tentera Laut DiRaja Malaysia Ke-91

27 APRIL 2025

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Ke-91.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan ucapan Hari TLDM kepada para veteran serta mereka yang pernah menabur bakti dalam perkhidmatan pasukan berkenaan.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merakamkan setinggi penghargaan di atas jasa, bakti dan pergorbanan dicurahkan seluruh warga dan veteran TLDM dalam melindungi kedaulatan serta keselamatan negara.

AL-FATIHAH BUAT MEREKA

“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Bertemakan “TLDM Perkasa Kedaulatan Terpelihara”, Seri Paduka Baginda turut mendoakan TLDM terus menjadi sebuah angkatan yang disegani di pentas antarabangsa. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *