PMX, Presiden Muizzu ketuai delegasi dalam Mesyuarat Dua Hala Malaysia-Maldives

Petikan FB Anwar Ibrahim
29 APRIL 2025

Saya dan Presiden Muizzu kemudiannya mengetuai delegasi masing-masing dalam Mesyuarat Dua Hala Malaysia dan Maldives.

Alhamdulillah, kami dapat menilai kerjasama antara kedua-dua negara dalam beberapa sektor meliputi perdagangan dan pelaburan, pengajian tinggi, pelancongan dan perubahan iklim.

Kami berkesempatan membincangkan peluang kerjasama dalam bidang pertahanan, belia dan sukan, perbankan Islam, industri halal, pembanterasan rasuah, teknologi digital, solar dan kecerdasan buatan (AI).

MENYENTUH SOAL SERANTAU

Kami juga menyentuh soal serantau yang menjadi kepentingan bersama antaranya penyelesaian konflik dan misi kemanusiaan di Myanmar, genosid di Gaza selain isu tarif Amerika Syarikat.

Usai Mesyuarat Dua Hala, saya dan Presiden Muizzu menyaksikan majlis pertukaran tiga Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara merangkumi kerjasama dalam bidang pelancongan, sukan, dan kesihatan.

Kami turut menyaksikan Pertukaran Nota (EoN) berkaitan Latihan Diplomatik dan penubuhan Konsultasi Dua Hala antara Malaysia dan Maldives.

ILTIZAM YANG TEGUH

Dalam sidang media, kami menegaskan iltizam yang teguh untuk memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Maldives ke tahap yang lebih strategik dan menyeluruh.

Insya-Allah, segala hasil perbincangan yang telah dimuktamad akan dilaksanakan dengan penuh komitmen, teratur dan berkesan di peringkat kementerian, agensi, serta semua pihak berkepentingan yang terlibat. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *