Projek pembangunan dilaksana bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata – PMX

30 APRIL 2025

Apa jua projek pembangunan untuk negara mesti memberi tumpuan kepada soal kebajikan dan keperluan rakyat, dan bukannya dilaksanakan demi mengaut keuntungan semata-mata.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan tersebut sewaktu berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Rumah Belia MADANI dan Rumah Mampu Milik di Mukim Batu, semalam.

Natijahnya, kata Anwar pembangunan negara bukan sekadar dibanggakan dengan pencakar langit yang gah, tetapi mesti berakar kepada keperluan sebenar rakyat.

RUMAH MAMPU MILIK

“Ia termasuklah penyediaan rumah mampu milik dan ruang niaga seperti gerai rakyat yang memberi manfaat terus kepada komuniti setempat,” katanya menerusi perkongsian di FB.

Berkenaan projek ini, beliau menggesa agar pelaksanaannya disegerakan dan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Rakyat tidak boleh sekadar menunggu janji; mereka berhak menikmati hasil pembangunan secara nyata, termasuk peluang ekonomi yang akan terhasil daripada inisiatif ini,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *