PMX hubungi Presiden Republik Filipina berkongsi perkembangan ASEAN

3 MEI 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat panggilan telefon kepada Presiden Republik Filipina Ferdinand ‘Bongbong’ Romualdez Marcos Jr. bagi berkongsi beberapa perkara dan perkembangan terkait ASEAN dan isu-isu global.

“Saya maklumkan kepadanya hasrat dan gesaan Malaysia supaya gencatan senjata di Myanmar dilanjutkan bagi memastikan bantuan kemanusiaan dapat terus disalurkan kepada penduduk terjejas,” katanya dalam hantaran di FB.

Jelas Anwar, mereka juga senada bahawa sebarang bentuk bantuan perlu disalurkan tanpa sebarang diskriminasi atau sekatan.

MALASIA BOLEH MEMANFAATKAN

Berkenaan soal tarif, sebagai Pengerusi ASEAN, Anwar memaklumkan bahawa Malaysia boleh memanfaatkan kedudukannya untuk menunjukkan kepentingannya kepada AS dalam rundingan tarif global.

“Keputusan AS menangguhkan pelaksanaan tarif selama 90 hari ketika ini memberi kelegaan bagi membolehkan perbincangan lanjut mengenai perkara berkaitan memandangkan kekuatan Malaysia dalam beberapa jenis produk.,” katanya.

Mengakhiri perbualan kami, beliau mengucapkan maju jaya dalam Pilihan Raya Umum pada 12 Mei jugak selain menzahirkan harapan untuk kami bertemu pada ASEAN Summit di Kuala Lumpur nanti. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *