Fahmi bertemu pihak terbabit bincang isu tunggakan “maintenance” Taman Seri Sentosa

4 MEI 2025

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Datuk Fahmi Fadzil bertemu dengan wakil Pesuruhjaya Bangunan Kuala Lumpur agen pengurusan, dan penduduk Taman Seri Sentosa berhubung isu tunggakan “maintenance” lama (berkait agen pengurusan lama) dan baharu (selepas April 2024).

Pertemuan ini susulan beliau menerima banyak panggilan dari penduduk Taman Seri Sentosa di sekitar Fasa 1F, 1G mengenai perkara ini.

“Ramai yang tidak berpuas hati dengan mutu perkhidmatan agen lama itu, dan apabila agen baharu mula bertugas, penduduk minta isu tunggakan lama ini diteliti semula,” katanya dalam hantaran di FB.

Berikutan itu, Jumaat lalu Fahmi yang juga Menteri Komunikasi telah berbincang dengan pihak berkenaan.

TUNGGAKAN LAMA DIHENTIKAN

“Kami putuskan agar panggilan mengenai tunggakan lama dihentikan buat masa ini untuk diteliti dengan terperinci, tetapi tunggakan baharu perlu dilunaskan,” katanya.

Fahmi berkata, agen pengurusan juga perlu meneliti kos bulanan agar lebih seimbang dengan kemampuan fasa-fasa perumahan ini.

“Insya-Allah saya dan pejabat akan mengambil beberapa tindakan susulan, untuk membantu kedua-dua pihak penduduk dan juga pengurusan,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *