PMX ucap tahniah kepada Anthony Albanese

Oleh: Sholina Osman
4 MEI 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Anthony Albanese apabila Parti Buruh yang dipimpinnya berjaya merangkul kemenangan pada Pilihanraya Umum Australia yang baru selesai.

“Keputusan yang sangat meyakinkan itu ternyata mencerminkan cita dan nurani yang ampuh dari rakyat Australia,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

Beliau berkata, sebagai rakan yang baik kepada Malaysia, Australia punyai peranan yang tidak kecil terutamanya di rantau Asia Pasifik.

SEMASA PENGGAL PERTAMA

“Keprihatinan yang ditonjolkan Albanese kepada Asia Tenggara semasa penggal pertama beliau sangat mengujakan,” katanya.

Sekaligua katanya, Malaysia berharap agar semangat itu diteruskan dengan iltizam yang diperbaharui.

Di saat wujudnya pelbagai tantangan baharu kepada rantau ini, Anwar berkata beliau sedia untuk bekerjasama lebih rapat dengan Albanese.

Tambahnya, terutama dalam usaha dan upaya kita mempertahankan kestabilan, memperkukuh daya tahan selain membentuk masa depan dan kesejahteraan yang dikongsi bersama. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *