
5 MEI 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan singkat menerusi panggilan telefon dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.
“Kami menyentuh keperluan kedua-dua negara sahabat ini untuk memperkukuh hubungan kerjasama meliputi pelbagai bidang,” katanya dalam hantaran di FB.
PERCAYA HUBUNGAN ERAT
Beliau dan Prabowo percaya hubungan erat Malaysia dan Indonesia ini dapat memberi manfaat buat rakyat keseluruhannya.
“Kami juga menyentuh soal persiapan Sidang Kemuncak ASEAN 2025 di Kuala Lumpur pada hujung bulan ini,” katanya.
Anwar berkata, Prabowo turut mengundang beliau ke Jakarta bagi Lawatan Rasmi dalam masa terdekat. – JM
