PMX tinjau lokasi Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46

7 MEI 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan tinjauan lokasi Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 serta mempengerusikan Mesyuarat Khas Kepengerusian ASEAN-Malaysia hari ini.

“Berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum Sidang Kemuncak ini diadakan, saya tekankan keperluan untuk setiap kementerian serta agensi terlibat memperkemas gerak kerja bagi memastikan ia dapat berlangsung dengan sempurna,” katanya dalam hantaran di FB.

Sebagai Pengerusi, katanya kita harus memastikan penganjuran serta setiap perbincangan yang dilakukan dapat memberi hasil yang positif kepada seluruh negara anggota, Insya-Allah. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *