Rafizi umum pertahan jawatan Timbalan Presiden Parti KEADILAN

Oleh: Sholina Osman
7 MEI 2025

Timbalan Presiden Parti KEADILAN, Datuk Seri Rafizi Ramli mengesahkan akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan Sesi 2025-2028.

Rafizi mengalu-alukan pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden KEADILAN dalam pemilihan kali ini dan akan turut serta calon-calon lain menggunakan pentas pemilihan kali ini untukmemperkuatkan parti.

“Ia keputusan yang menang-menang bagi saya,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Rafizi berkata, jika dipilih, beliau boleh terus memainkan peranan di dalam kepimpinan parti sebagai Timbalan Presiden, dan dalam kerajaan melalui saluran kerajaan.

PEMIMPIN AKAR UMBI

Bagaimanapun jika tidak dipilih, beliau boleh kembali sebagai seorang pemimpin akar umbi yang lincah berkempen di bawah.

Ahli Parlimen Pandan in berkata, beliau menerima baik berita-berita bahawa Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Nurul Izzah Anwar menunjukkan minat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti.

“Dari awal lagi, saya menyatakan bahawa hak untuk bertanding itu adalah hak masing-masing dan wajar kita raikan dalam semangat demokrasi,” jelasnya.

Beliau berkata, kita perlu menerima hakikat bahawa beberapa kontroversi yang timbul akibat pemilihan kali ini (kecil atau besar) sedang diperhatikan rakyat.

DITANGANI SECARA BERHEMAH

“Sebab itu, saya berpendapat apa pun isu berbangkit, baik mengenai sistem, aduan, atau perkara-perkara lain, perlu ditangani secara berhemah kerana tingkah laku kita sepanjang proses ini dinilai rakyat,” jelasnya.

Beliau juga bersyukur kerana pengalaman 26 tahun dalam parti ini mendidiknya bahawa sesuatu jawatan itu adalah amanah yang berat, apatah lagi jawatan sebagai menteri.

“Maka, keputusan-keputusan kita mestilah dipandu oleh kebertanggungjawaban, bukannya berkait dengan pangkat dan kedudukan,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *