Pastikan projek pembangunan semula bangunan sekolah daif berjalan lancar – Fadhlina

10 MEI 2025

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, projek pembangunan semula bangunan sekolah daif perlu dipastikan berjalan lancar demi manfaat semua murid.

Beliau berkata, tidak kira di bandar, pinggir bandar atau kawasan pedalaman, akses pendidikan berkualiti adalah hak semua murid.

“Pemantauan setiap projek perlu dilakukan secara proaktif dan sebarang isu kelewatan diberi perhatian serius,” katanya dalam hantaran di FB.

SESI PEMBENTANGAN PROJEK

Terdahulu Fadhlina berucap pada sesi pembentangan projek pembinaan bangunan gantian 24 bilik darjah di Sekolah Kebangsaan (SK) Umas Umas.

Beliau berkata, kerajaan MADANI pada tahun 2025 sahaja telah memperuntuklan sejumlah RM2.3 bilion untuk pelaksanaan projek pembangunan semula sekolah daif di Sabah yang turut merangkumi kelulusan bagi 52 projek baharu.

“Sehingga bulan Mei 2025, sebanyak 230 dari 390 projek yang diluluskan pembinaan di Sabah telah siap sepenuhnya dan memberi manfaat kepada masyarakat di negeri ini,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *