








26 MEI 2025
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 bermula hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, menghimpunkan ribuan delegasi dari seluruh pelosok rantau bagi memperkukuh kerjasama dan membina masa depan ASEAN yang lebih terangkum dan mampan.
“Alhamdulillah, pagi ini saya menyambut ketibaan para pemimpin negara anggota ASEAN sebelum memulakan mesyuarat rasmi pertama di bawah Kepengerusian Malaysia tahun ini,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di FB.
Sebagai tuan rumah kata Anwar Malaysia komited untuk menerajui ASEAN dengan semangat kesepakatan, keberanian dan visi yang jelas bagi terus mengangkat martabat ASEAN, dihormati di persada dunia dan menjadi kebanggaan bersama rakyat rantau ini. – JM
