







Petikan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
27 MEI 2025
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Santapan Diraja sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 – Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China di Istana Negara, hari ini (27 Mei).
Majlis yang berlangsung di Dewan Seri Maharaja turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Antara pemimpin negara ASEAN yang hadir, Tuan Yang Terutama (TYT) Ferdinand R. Marcos Jr., Presiden Filipina; TYT Prabowo Subianto, Presiden Indonesia dan TYT Pham Minh Chinh, Perdana Menteri Vietnam.
Hadir sama, TYT Lawrence Wong, Perdana Menteri Singapura; TYT Sonexay Siphandone, Perdana Menteri Laos; TYT Samdech Moha Borvor Thipadei Hun Manet, Perdana Menteri Kemboja dan Puan Yang Terutama Paetongtarn Shinawatra, Perdana Menteri Thailand.
PUTERA MAHKOTA KUWAIT
Turut hadir, Yang Mulia (YM) Sheikh Sabah Khaled Al-Hamad Al-Sabah, Putera Mahkota Kuwait; TYT Li Qiang, Premier Republik Rakyat China; Yang Amat Mulia (YAM) Salman bin Hamad Al Khalifa, Putera Mahkota Bahrain dan YM Sheikh Saud bin Saqr Al Qasim, Pemerintah Ras Al Khaimah, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Selain itu, YM Al Sayyid Asaad Tariq Al Said, Timbalan Perdana Menteri dan wakil khas Sultan Oman; YM Putera Faisal bin Farhan Al Saud, Menteri Luar Arab Saudi dan TYT Kay Rala Xanana Gusmão, Perdana Menteri Timor Leste.
Pada majlis yang julung kali diadakan itu, Seri Paduka Baginda turut berkenan menyambut ketibaan setiap pemimpin negara sebelum menyampaikan Titah Diraja semasa majlis menghadap di Dewan Seri Mahkota.
Seri Paduka Baginda juga berkenan beramah mesra dan bergambar bersama pemimpin yang hadir. – JM
