PMX adakan pertemuan dengan Emir Qatar

27 MEI 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Emir Qatar, Yang Amat Mulia Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.

“Kami berbincang secara mendalam mengenai usaha memperkukuh hubungan dua hala yang telah terjalin sejak lebih 50 tahun lalu yakni satu ikatan persahabatan yang terus berkembang erat dari semasa ke semasa,” katanya dalam hantaran di FB.

Beliau berkata, perbincangan meliputi pelbagai bidang strategik termasuk pelaburan, perdagangan, kerjasama pertahanan, tenaga, industri digital dan keterhubungan, serta pendidikan. Kami juga sepakat untuk meneroka peluang-peluang kerjasama baharu demi manfaat bersama rakyat kedua-dua negara.

BEBERAPA MEMORANDUM PERSEFAHAMAN

“Kami juga sepakat mempercepat beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) yang masih belum dimuktamadkan antara kedua-dua negara,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia komited untuk terus memperkukuh hubungan erat ini.

“Semoga persahabatan Malaysia dan Qatar terus utuh dan berpanjangan,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *