PMX terima kunjungan Presiden ADB

28 MEI 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan dari Presiden Bank Pembangunan Asia (ADB) Masato Kanda sempena Sidang Kemuncak ASEAN.

Anwar menyifatkan pertemuan ini ternyata penting buat Malaysia terutama dalam usaha memperkukuh hubungan antara Malaysia dan ADB dalam semangat kerjasama serantau yang terangkum dan berwawasan.

“Masato Kanda menyampaikan tahniah atas penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN kali ini,” katanya dalam hantaran di FB.

Beliau berkata, Masato Kanda juga menzahirkan komitmen ADB untuk menyokong kepimpinan Malaysia memacu integrasi ekonomi rantau Asia Tenggara dengan menyediakan pembiayaan bagi projek merentasi sempadan seperti ASEAN Power Grid.

KEKUATAN EKONOMI MALAYSIA

Perdana Menteri berkata, ADB juga memperaku asas kekuatan ekonomi Malaysia yang terus rancak mencipta peluang, tidak hanya kepada rakyat Malaysia, malah buat rantau Asia Tenggara secara keseluruhan.

“Dalam konteks yang sama, saya menzahirkan penghargaan setingginya kepada komitmen ADB untuk memperhebat kerjasama dengan Malaysia,” katanya.

Tambah Anwar, khususnya dalam bidang pembiayaan sektor swasta bagi pembangunan infrastruktur strategik, peralihan tenaga yang mencakup tenaga hijau dan boleh baharu (renewable energy), serta usaha memperkukuh penyelidikan dan perkongsian pengetahuan.

“Malaysia beriltizam untuk terus menjadi rakan strategik ADB dalam menjelmakan masa depan yang lebih hijau, berdaya saing dan tahan demi kelangsungan rantau ini,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *