



1 JUN 2025
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berpuas hati apabila berpeluang menyuarakan pandangan serta dasar Kerajaan MADANI dalam beberapa perkara utama sempena Mesyuarat Menteri “Asia-Pacific Telecommunity (APT)” 2025 di Tokyo, Jepun.
Beliau berkata, ia termasuk pembangunan infrastruktur digital yang inklusif serta kesediaan negara membangun menghadapi teknologi baharu seperti 5G, AI dan IoT.
“Sesi yang diadakan setiap lima tahun ini telah berlangsung dengan penuh semangat kerjasama dan keterbukaan,” katanya dalam hantaran di FB.
Malaysia katanya, turut menekankan komitmen untuk terus menjadi rakan strategik dalam membina rantau yang berdaya saing, mampan dan berorientasikan teknologi.
“Harapan saya, segala resolusi yang dicapai di Tokyo akan diterjemahkan kepada tindakan nyata yang membawa manfaat kepada rakyat, terutama bagi memperluas akses kepada teknologi, meningkatkan kemahiran abad ke-21 dan memperkukuh asas ekonomi berteraskan inovasi,” tambahnya. – JM
