



11 JUN 2025
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menasihatkan para mahasiswa supaya bersedia untuk menjadi ejen perubahan yang menyebarkan ilmu tentang keselamatan dalam talian kepada komuniti mereka.
Beliau berkata, ini kerana tugas mahasiswa bukan sahaja untuk belajar menuntut ilmu.
Sebelum itu Fahmi bertemu dengan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang mengikuti modul “Training of Trainers” untuk Kempen Internet Selamat.
PELAJAR YANG TERLIBAT
“Syabas semua kepada pelajar yang terlibat,” kata Fahmi dalam hantaran di FB.
Fahmi juga berada di UUM untuk memberikan ucaptama sempena Forum “Siber, Suara dan Sempadan: Merungkai Dinamika Kebebasan Media Dalam Era Digital”.
Forum ini anjuran Pusat Pengajian Undang-undang UUM dengan kerjasama Malaysian Press Institute (MPI). – JM
