MyFCD dipersetujui diintegrasi sebagai komponen strategik dalam Dasar Keterjaminan Makanan Negara – PMX

Wartawan JM
17 JUN 2025

Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara Bil. 1/2025 bersetuju mengintegrasikan Malaysian Food Composition Database (MyFCD) sebagai komponen strategik dalam Dasar Keterjaminan Makanan Negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketika mempengerusikan mesyuarat berkenaan, inisiatif ini dilihat sebagai satu langkah kritikal, terutamanya dalam memperkasakan kesedaran rakyat terhadap amalan pemakanan sihat, ke arah membina masyarakat yang sihat dan produktif.

Beliau berkata, ia hasil perbincangan meja bulat meneliti pelbagai program dan strategi bagi meningkatkan kadar sara diri (SSR) daging negara.

SEKTOR TERNAKAN NEGARA

“Langkah ini adalah penting dalam memastikan sektor ternakan negara kekal mampan, kukuh dan berdaya saing dalam jangka panjang, seterusnya menjamin keselamatan makanan negara untuk generasi masa depan,” katanya dalam hantaran di FB.

Anwar berkata, bagi mengurangkan kebergantungan kepada jagung bijan import yakni komoditi utama dalam sektor ternakan, mesyuarat turut bersetuju supaya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) merangka strategi berkesan bagi membangunkan industri jagung bijan tempatan.

Beliau berkata, pendekatan ini mampu merangsang pembangunan sektor agro makanan negara, meningkatkan peluang ekonomi luar bandar dan memperkukuh daya tahan sistem makanan negara. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *