PMX terima kunjungan Ketua Pengarah ICESCO berbincang potensi kerjasama kedua pihak

Wartawan JM
17 JUN 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Pertubuhan Dunia Islam bagi Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (ICESCO), Dr Salim M AlMalik bagi membincangkan potensi kerjasama lebih menyeluruh antara Malaysia dan ICESCO.

“Bicara kami antaranya tertumpu ke arah meneroma kerjasama dalam bidang pendidikan, teknologi dan pemeliharaan warisan merentasi negara-negara Islam dan ASEAN,” katanya dalam hantaran di FB.

Beliau berkata, sebagai pertubuhan antara kerajaan yang berpengkalan di Rabat dan dianggotai lebih 50 buah negara, ICESCO memainkan peranan penting dalam memajukan pendidikan, sains dan kebudayaan di dunia Islam menerusi jaringan kerjasama yang luas.

“Saya mengambil maklum pelbagai inisiatif strategik yang sedang digerakkan oleh ICESCO, dan menekankan keperluan memberi tumpuan kepada bidang-bidang masa depan termasuk pensijilan latihan dalam kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan teknologi baharu yang menjadi keutamaan bagi negara-negara membangun,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *