



Wartawan JM
18 JUN 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Shell, Wael Sawan bersama delegasi.
Beliau berkata, Shell bukan sekadar nama besar dalam dunia tenaga, tetapi telah menjadi rakan pelaburan utama negara dan sebahagian daripada perjalanan ekonomi Malaysia sejak sekian lama.
“Saya manfaatkan kesempatan ini untuk berkongsi pendekatan strategik Kerajaan MADANI dalam menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang stabil, mampan dan berdaya tahan bukan hanya untuk hari ini, tetapi demi generasi mendatang,” katanya dalam hantaran di FB.
ARAH TUJU NEGARA
Perdana Menteri berkata, Sawan menyuarakan keyakinan terhadap arah tuju negara.
“Beliau memaklumkan bahawa Shell akan menambah pelaburan melebihi RM9 bilion dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, yang bakal mencipta peluang-peluang pekerjaan berkemahiran tinggi,” kata Anwar.
Beliau berkatq, pelaburan ini adalah manifestasi keyakinan pelabur antarabangsa terhadap dasar ekonomi kita yang teguh dan kepimpinan yang jelas. Insya-Allah, Malaysia mampu terus melakar masa depan yang makmur dan berdaya saing. – JM
