





Wartawan JM
22 JUN 2025
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil merakamkan ucapan tahniah ke atas Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, Ketua Polis Negara ke-15.
“Saya doakan agar Mohd Khalid dapat terus melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan cemerlang demi keselamatan serta kesejahteraan negara,” katanya dalam hantaran di FB.
Terdahulu beliau hadir pada Majlis Serah Terima Tugas dan Pemakaian Lencana Jawatan Ketua Polis Negara yang baharu, disaksikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Fahmi juga megucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Razarudin Husain atas segala jasa dan sumbangan beliau sepanjang perkhidmatan. Selamat bersara, Tan Sri! – JM
