Kerajaan MADANI terus komitmen perkasa Sarawak – PMX

Wartawan JM
23 JUN 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen Kerajaan MADANI untuk terus memperkasa Sarawak, termasuk menjadikan negeri ini sebagai hab tenaga utama menerusi ASEAN Power Grid, dan menyelesaikan perjanjian MA63 secara tuntas dan adil.

Beliau tegaskan bahawa dalam usaha membina sebuah negara yang lebih adil, makmur dan bersatu, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau wilayah perlu berganding bahu dan saling menyumbang dalam semangat kekitaan.

“Justeru, kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan pimpinan negeri diterajui Premier Sarawak, adalah teras penting dalam merealisasikan cita-cita bersama untuk Malaysia yang lebih inklusif dan sejahtera,” katanya dalam hantaran di FB.

Terdahulu beliau hadir di Majlis Makan Malam Sambutan Hari Gawai di Kuching.

“Kita perlu berbangga bahawa di tengah-tengah kepelbagaian kaum dan budaya, rakyat Sarawak terus mempamerkan semangat “Segulai Sejalai”, satu nilai yang kini menjadi pegangan dalam pentadbiran negara,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *