
Wartawan JM
25 JUN 2025
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil meluangkan masa bertemu dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar yang baharu pulang dari menunaikan ibadah Haji.
Sebelum itu Fahmi hadir pada Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya turut mengambil peluang bertukar pandangan mengenai usaha mempererat kerjasama serta menambah baik tugas-tugas Kementerian Komunikasi dalam menyokong aspirasi Kerajaan MADANI,” katanya dalam hantaran di FB. – JM
