
Wartawan JM
25 JUN 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghubungi Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah bagi bertanya khabar kesihatan Baginda susulan rawatan yang diterima di Malaysia baru-baru ini.
“Alhamdulillah, keadaan kesihatan Baginda dilaporkan bertambah baik setakat ini, dan terus dipantau rapi oleh pasukan perubatan, termasuk penglibatan petugas kesihatan dari Malaysia,” katanya dalam hantaran di FB.
Beritahu Anwar, Baginda turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat cemerlang serta dedikasi pasukan perubatan Malaysia yang terlibat secara langsung dalam penjagaan kesihatan Baginda.
Dalam perbualan tersebut, katanya mereka turut menyentuh perkembangan positif hubungan dua hala Malaysia dan Brunei yang kekal erat, serta perkembangan semasa isu-isu rantau ASEAN yang terus berjalan dengan lancar dan konstruktif.
“Saya mendoakan agar Baginda Tuanku serta seluruh Keluarga Diraja Brunei sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan berada di bawah lindungan Allah SWT,” katanya. – JM
