Skuad Sukarelawan PUSPANITA dilancarkan

Wartawan JM
28 JUN 2025

Skuad Sukarelawan PUSPANITA dilancarkan bagi menjalankan misi-misi kesukarelaan dan bantuan semasa bencana, krisis atau memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga selaku Penaung PUSPANITA berkata penubuhan skuad ini merupakan satu inisiatif strategik yang menggabungkan semangat kesukarelawanan wanita penjawat awam dengan berpaksikan ihsan, kasih sayang dan tanggungjawab sosial.

“Skuad Sukarelawan PUSPANITA ini bertemakan ‘Kebersamaan, Kesyukuran dan Keterangkuman’,” katanya dalam hantaran di FB.

Terdahulu Dr. Wan Azizah melakukan Perasmian Penutupan Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-43 di Dewan De’ Seri Endon PUSPANITAPURI, Putrajaya.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri merangkap Penasihat PUSPANITA serta Yang Dipertua PUSPANITA Puan Sri Maheran Jamil. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *