




Wartawan JM
1 JULAI 2025
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hari ini meluangkan masa ke sesi perjumpaan bersama-sama warga kerja jabatan dan agensi Kementerian Komunikasi Negeri Pulau Pinang bagi memperkukuh hubungan antara pimpinan di peringkat negeri.
Dalam ucapannya beliau menyeru seluruh warga jabatan dan agensi untuk bersiap siaga dalam membantu menjayakan sambutan Hari Malaysia 2025 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen PICCA, Pulau Pinang dengan tema “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”.
“Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa serta pengurusan tertinggi kementerian, jabatan dan agensi,” kata Kementerian Komunikasi dalam hantaran di FB. – JM
