
Wartawan JM
1 JULAI 2025
Kepimpiman baharu Polis Diraja Malaysia (PDRM) diharap mampu mengangkat darjat sebagai badan keselamatan yang profesional, berintegriti dan dipercayai setiap pihak tanpa mengabaikan kebajikan pegawai, anggota dan veteran mereka.
Selain itu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyentuh soal memodenkan pasukan PDRM dalam mendepani cabaran keselamatan semasa dengan kecanggihan teknologi terkini termasuk kecerdasan buatan.
Terdahulu beliau menerima kunjungan hormat Ketua Polis Negara yang baharu, Datuk Seri Mohd Khalid.
“PDRM merupakan institusi penting kepada rakyat dan negara memerlukan iltizam dan komitmen tinggi bagi memastikan keamanan serta keselamatan negara terus dipertahankan, ” katanya dalam hantaran di FB. – JM
