PMX hadir Mesyuarat MKI Kali Ke-73 dipengerusikan Sultan Perak

Wartawan JM
1 JULAI 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-73, yang dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, ahli yang dilantik mewakili negeri-negeri, pemimpin tertinggi kerajaan, serta semua ahli MKI yang dilantik mengikut kepada kepakaran masing-masing.

HAL EHWAL ISLAM

“Keprihatinan Tuanku mengenai hal ehwal Islam di Malaysia terpancar melalui titah Tuanku mengenai falsafah perpaduan yang digambarkan melalui perbilangan adat perpatih yang diadaptasi oleh orang Melayu dalam mempertahankan kesucian agama dan maruah bangsa, berupaya untuk menyebarkan syiar Islam dan mengangkat martabat bangsa amat kami hargai,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

Beliau berkata, Mesyuarat MKI ini juga medan penting antara institusi Raja dan Kerajaan dalam menyelaras hal ehwal Islam di Malaysia, khususnya dalam memperkasa pembangunan insan berteraskan ihsan, adab, dan ilmu demi menjulang Karamah Insaniah.

“Insya-Allah, Kerajaan Malaysia akan terus berikhtiar dengan sedaya upaya dan kapasiti yang ada akan memartabatkan kedudukan Islam dalam kerangka perlembagaan dan semangat Malaysia MADANI,” kata beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *