Malaysia amat bergantung kepada bakat muda untuk mencorak masa depan – PMX

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
4 JULAI 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan bahawa Malaysia amat bergantung kepada bakat muda untuk mencorak masa depan yang lebih cemerlang dan berdaya saing.

Sehubungan itu beliau menasihati warga Malaysia yang tinggal di Perancis khususnya pelajar agar menuntut ilmu dengan penuh kesungguhan.

“Ini kerana kejayaan dalam apa jua bidang sekalipun bukanlah sekadar pencapaian peribadi, tetapi juga satu tanggungjawab untuk menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara,” katanya dalam Majlis Ramah Mesra bersama Diaspora Malaysia di Paris.

Pada majlis ini beliau turut membuka ruang perbincangan yang bermakna mengenai peranan dan sumbangan mereka dalam pembangunan negara.

BERSEDIA MEMIKUL AMANAH

Anwar berkata, Malaysia memerlukan generasi muda yang cemerlang, berprinsip dan bersedia memikul amanah besar.

“Jadilah agen perubahan yang akan menerajui kemajuan negara ke arah masa depan yang lebih gemilang,” katanya.

Beliau turut berkongsi tentang ikhtiar Kerajaan MADANI dalam melaksanakan pembaharuan menyeluruh merangkumi pertumbuhan ekonomi yang inklusif, tadbir urus yang berintegriti serta keadilan sosial yang memartabatkan setiap lapisan rakyat. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *