





Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
6 JULAI 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi Malaysia telah selamat tiba di Rio de Janeiro, Brazil,
bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS Ke-17 atas jemputan Presiden Lula da Silva.
Beliau berkata, kehadiran ini merupakan satu penghormatan besar kepada Malaysia selaku Negara Rakan dan Pengerusi ASEAN.
“Sepanjang Sidang Kemuncak, saya dijadualkan mengadakan pertemuan bersama beberapa pimpinan negara lain yang turut hadir, selain menyantuni komuniti perniagaan tempatan bagi meneroka potensi kerjasama strategik dan pelaburan baharu,” kata beliau dalam hantaran di FB.
Beliau berkata, penyertaan Malaysia dalam BRICS kali ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk memperkukuh kerjasama Selatan-Selatan dan membawa suara ASEAN ke pentas global secara lebih berkesan. – JM
