



PUTRAJAYA, 8 Julai 2025 -Sesi libat urus Pascamesyuarat Khas Jemaah Menteri Mengenai RMK13 Bersama dengan YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri melibatkan delegasi daripada Kementerian Ekonomi yang diketuai oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II memangku Menteri Ekonomi telah berlangsung hari ini di Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya.
PERKONGSIAN INSPIRASI
Sesi ini merupakan pelantar perkongsian inspirasi dan hala tuju RMK13 oleh Kementerian Kewangan bersama-sama dengan pengurusan tertinggi Kementerian Dalam Negeri. Sesi libat urus ini juga membolehkan Kementerian Ekonomi memuktamadkan dokumen RMK13 mengikut jadual untuk dibentangkan dalam Dewan Rakyat pada 31 Julai 2025.
Sesi ini mencerminkan nilai-nilai teras Malaysia MADANI, khususnya dalam aspek keterangkuman, tadbir urus baik dan kebersamaan antara kementerian seterusnya selari dengan agenda Reformasi KDN MADANI yang menekankan keperluan perancangan strategik holistik dan penyampaian dasar yang lebih berimpak tinggi, inklusif dan berpaksikan rakyat selaras dengan aspirasi RMK13 – JM
