PMX terima kunjungan hormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Pekerjaan Luar Negara

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
10 JULAI 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Pekerjaan Luar Negara dan Pelancongan Sri Lanka Vijitha Herath, bersempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur.

Anwar berkata dalam perbincangan yang konstruktif, Malaysia dan Sri Lanka sepakat untuk terus memperkukuh kerjasama dua hala yang merangkumi bidang perdagangan, pelancongan, pendidikan, serta tenaga kerja mahir.

Beliau berkata hubungan erat ini bukan sahaja membawa manfaat kepada kedua-dua negara, tetapi juga menyumbang kepada kestabilan dan pembangunan serantau.

“Saya turut menyatakan penghargaan terhadap sumbangan berterusan Sri Lanka dalam membentuk masa depan rantau yang lebih inklusif, aman dan sejahtera,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Beliau berkata Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan Sri Lanka demi mencapai kemajuan bersama, bukan sahaja untuk rakyat kedua-dua negara, malah untuk memperkukuh komuniti ASEAN yang lebih bersatu, makmur dan berdaya tahan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *