Agong berkenan berangkat Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269

Wartawan JM
Petikan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
15 JULAI 2025

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-269 di Istana Negara, hari ini (15 Julai).

MRR ke-269 akan dipengerusikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Berangkat sama, Tunku Idris Iskandar sebagai wakil rasmi Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *