



Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
15 JULAI 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor bagi membincangkan pelbagai perkara berkepentingan bersama.
“Saya sentiasa menekankan betapa pentingnya hubungan erat dan kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, khususnya Sabah dan Sarawak,” katanya dalam hantaran di FB.
Beliau berkata, ini bakal membantu menjayakan agenda nasional berteraskan pembangunan yang inklusif dan seimbang demi kemajuan bersama seluruh rakyat Malaysia. – JM
