





Oleh: Sholina Osman
19 JULAI 2025
Penduduk sekitar Taman Pekan Baru, Sungai Petani, Kedah kini boleh menikmati akses kepada kemudahan digital dan pelbagai program komuniti melalui pembukaan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di kawasan berkenaan.
Kenyataan media Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan inisiatif ini selaras dengan usaha Kerajaan MADANI untuk memperkasa masyarakat secara inklusif dalam era digital.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul, sempena Program Hari Bersama Komuniti (HBK), sebagai bukti komitmen kerajaan untuk membawa perubahan bermakna kepada akar umbi.
NADI Taman Pekan Baru merupakan salah satu daripada empat pusat baharu yang ditubuhkan di Kedah di bawah inisiatif “1 DUN 1 NADI”, menjadikan jumlah keseluruhan NADI di negeri ini sebanyak 81 buah.
Pusat ini mula beroperasi pada l9 Februari 2025.
KEKAL SEBAGAI RUANG
Dalam ucapannya, Johari menekankan bahawa NADI perlu kekal sebagai ruang yang dimiliki bersama rakyat, bersifat relevan dan menyokong pembangunan sosioekonomi komuniti melalui program seperti keusahawanan
digital, literasi ICT, dan kesejahteraan kendiri.
Impak NADI kepada komuniti turut terserlah apabila inisiatif NADI baru-baru ini telah berjaya berjaya meraih WSIS Prizes 2025 di Geneva dalam kategori Capacity Building.
Kejayaan ini membuktikan bahawa pendekatan Malaysia dalam
membangunkan komuniti digital adalah tepat, tersusun dan memberi impak sebenar.
Johari turut berkesempatan beramah mesra bersama pemimpin setempat
dan masyarakat yang hadir, serta menyertai pelbagai aktiviti komuniti dalam suasana penuh muhibah dan kekitaan.
Melalui pelaksanaan Perkhidmatan Pintar NADI, masyarakat setempat kini dapat mengakses peluang pembelajaran sepanjang hayat, menyertai inisiatif kerajaan,
serta menjadikan pusat ini sebagai pemangkin pertumbuhan komuniti digital yang progresif dan inklusif. – JM
